• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SATU KES POSITIF MELIBATKAN TADIKA SWASTA DI SABAH



KOTA KINABALU: Satu kes positif Covid-19 dilaporkan melibatkan tadika swasta di Sabah, sejak dibenarkan beroperasi 20 Jan lalu.


Bagaimanapun belum ada perincian sama ada ia melibatkan murid atau guru tadika berkenaan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, semenjak dibenarkan beroperasi pada 20 Januari lalu, terdapat satu kes positif Covid-19 melibatkan tadika swasta di negeri ini.


Mengenai sekolah pula, beliau berkata setakat ini empat buah sekolah diarahkan untuk membuat penutupan sementara menjalankan aktiviti sanitasi selepas pengesanan kes Covid-19 di kalangan guru dan pelajar.


"Berkenaan jumlah berapa kontak rapat yang telah menjalani saringan, pihak saya juga masih menunggu maklumat daripada pihak KKM," katanya.