• nabalunews

COVID-19: SATU KLUSTER BAHARU DIKESAN DI SABAH - KP KESIHATAN



16 Nov 2020


KUALA LUMPUR: Satu kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Matambai dikesan di dua daerah di Kota Kinabalu dan Penampang, Sabah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Beliau berkata Kluster Matambai yang dikesan membabitkan kes indeks (ke-22,962) hasil saringan individu bergejala pada 22 Okt lepas dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Matambai di Penampang.


"Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif. Kesemua kes dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Penjara Wanita Kepayan serta Hospital Queen Elizabeth.


"Sehingga 16 Nov 2020 12 tengah hari, sejumlah 333 individu telah disaring, 306 individu dikesan negatif manakala tiga individu lagi masih menunggu keputusan," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.


Dr Noor Hisham turut memaklumkan Kluster Jeram melibatkan daerah Kubang Pasu di Kedah diisytiharkan tamat hari ini. – Bernama


ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com