• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SEBANYAK 381 KES BAHARU, TIGA KEMATIAN DI SABAH


15 NOV 2020


Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 di negeri ini sebanyak 381 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 23,095 kes.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 95 kes baharu, Tawau (65 kes), Sandakan (51 kes), Semporna (48 kes), Lahad Datu (34 kes), Tuaran (30 kes), Kota Belud (14 kes), Kuadat (13 kes), Keningau dan Putatan masing-masing 11 kes, Penampang dan Papar masing-masing empat kes dan Kinabatangan mencatatkan satu kes baharu.

“Sipitang, Belurang, Pitas, Kota Marudu, Tambunan, Tongod, Kuala Penyu, Kunak, Beaufort, Telupid, Ranau, Tenom dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

“Daerah Kunak bertukar dari zon jingga ke zon kuning,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, daripada 381 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 129 kes (33.86 peratus) adalah dari Daerah Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 252 kes adalah dari lain-lain kategori.

Katanya lagi, hari ini kes kematian dicatatkan iaitu dua di Sandakan dan satu di Semporna.

“Bilangan pesakit Covid-19 dalam unit rawatan rapi (ICU) ialah 64 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com