top of page

COVID-19: SEBANYAK 397 KES BAHARU DIKENALPASTI DI SABAH

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 10, 2020
  • 1 min read


10 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 397 kes (45.7 peratus) daripada keseluruhan kes positif sebanyak 869 kes baharu seluruh negara, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 28 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara.

“Ini melibatkan Kluster Penjara Seberang Perai (13 kes), Penjara Kepayan (6 kes), Kluster PTS Tawau (3 kes), Kluster Penjara Sandakan (2 kes), Kluster Rumah Merah (2 kes) dan Kluster GK Tawau (2 kes),” katanya dalam sidang media, hari ini.

Noor Hisham berkata, daripada jumlah keseluruhan kes baharu di Sabah, hari ini, 92 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Liawan, Kluster Tatahan dan Kluster GK Tawau; 215 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 90 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page