• nabalunews

COVID-19: SIBU, KUCHING KINI ZON MERAH


10 JAN 2021


KUCHING: Daerah Sibu dan Kuching hari ini diisytihar sebagai zon merah susulan peningkatan kes COVID-19 di kedua-dua kawasan itu dalam tempoh 14 hari lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 44 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sibu dan 41 kes di Kuching dalam tempoh berkenaan.

Daerah Selangau dan Sebauh pula bertukar status hijau ke kuning apabila masing-masing mencatatkan satu kes positif COVID-19 jangkitan tempatan dalam tempoh sama.

“Daerah Samarahan, Miri, Bintulu, Meradong, Bukit Mabong dan Sri Aman kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 20 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Sebanyak 30 daerah lain di Sarawak berada dalam status hijau,” menurut JPBN. Sementara itu, JPBN memaklumkan Sarawak mencatatkan 24 kes baharu COVID-19 hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan pandemik itu di negeri ini 1,275 kes.

Tujuh daripada kes baharu itu dikesan di Kuching, masing-masing lima kes di Miri dan Sibu, dua di Sri Aman dan masing-masing satu kes di Bintulu, Samarahan, Sebauh, Selangau dan Serian. - Bernama

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com