top of page

COVID-19: TIGA KLUSTER BAHARU DIKENALPASTI DI LAHAD DATU, TAWAU DAN RANAU

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 18, 2020
  • 2 min read


18 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Tiga lagi kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini, masing-masing membabitkan daerah Lahad Datu, Tawau dan Ranau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu dikenali sebagai Kluster Sabaru di Lahad Datu mencatatkan sebanyak 70 kes; Kluster Garden di Tawau (tiga kes) dan Kluster Tomher di Ranau mencatatkan 12 kes.


Beliau berkata, jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah pada hari ini adalah sebanyak 387 kes.


“Daripada jumlah keseluruhan kes baharu di negeri ini, sebanyak 205 kes atau 52.97 peratus berpunca dari Kluster Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau (135 kes) dan Kluster Sabaru (70 kes) di Lahad Datu,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, Tawau mencatatkan kes tertinggi pada hari ini, iaitu 169 kes baharu kebanyakannya daripada Kluster Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau dan selebihnya daripada kes Kluster GK, Kluster Garden dan Kluster Tanamera.


“Manakala saringan kontak rapat sebanyak tujuh kes, saringan bergejala (lima kes), saringan kendiri (tiga kes) dan masing-masing satu kes daripada saringan kemasukan hospital, saringan pengiring dan saringan pembedahan,” katanya.


Beliau berkata, daerah Lahad Datu pula, mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu sebanyak 80 kes.


“Daripada jumlah ini, Kluster Sabaru (70 kes), saringan bergejala (tiga kes), saringan kontak rapat (dua kes), saringan komuniti (dua kes) dan masing-masing satu kes daripada saringan petugas kesihatan, saringan tempat kerja dan saringan Brought In Dead (BID)I,” katanya.


Masidi berkata, Kota Kinabalu pula merekodkan 44 kes baharu, Sandakan (21 kes), Kudat (20 kes), Tuaran dan Ranau masing-masing 12 kes, Penampang (10 kes), Putatan (lima kes), Semporna dan Papar masing-masing empat kes, Kota Belud (dua kes), Beluran, Keningau, Pitas dan Kota Marudu masing-masing satu kes.


“Daereah-daerah lain seperti Beaufort, Kinabatangan, Sipitang, Tambunan, Tongod, Kuala Penyu, Kunak, Telupid, Tenom dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini,” katanya.


Katanya lagi, hari ini dua kes kematian dicatatkan di Sandakan, seramai 237 pesakit sembuh, manakala seramai 2,000 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 634 orang di hospital dan 1,366 orang di PKRC.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 66 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


Opmerkingen


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page