• nabalunews

COVID: 81,000 DALAM SENARAI EKASIH AKAN TERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN DI SABAH


Shahelmey ketika membuat tinjauan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina.

8 Feb 2021


KOTA KINABALU: Seramai 81,000 penerima dalam senarai eKasih di Sabah akan menerima bantuan bakul makanan COVID-19 bagi membantu mereka menghadapi pelbagai kesukaran akibat pandemik itu.


Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya berkata proses perolehan bakul makanan untuk penerima eKasih telah dibuat pusat kawalan operasi bencana daerah terlibat dan mula diagihkan semalam.

"Pengagihan dijangka akan memuncak pada minggu ini dan selain senarai eKasih, bantuan bakul makanan juga diteruskan buat rakyat yang dikenakan arahan kuarantin. Jumlah penerima dalam kalangan mereka yang dikuarantin bergantung kepada ujian saringan COVID-19 dan arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya pada sidang media di sini, malam ini.


e-Kasih merupakan satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.


Shahelmy berkata sehingga hari ini, sejumlah 10,686 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan terkesan di bawah Program Bantuan Prihatin COVID-19 2.0.


Terdahulu, Shahelmy melakukan tinjauan terhadap pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di Putatan di sini.


Katanya, pengguna boleh melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna jika mendapati terdapat peniaga menjual pada harga melebihi harga kawalan dan menaikan harga jualan secara tidak munasabah. - Bernama


ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com