- Wartawan Nabalu News
Covid: Angka kematian meningkat kepada 15 kes di Sabah

19 November 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sebanyak 15 kes kematian dilaporkan hari ini di seluruh Sabah, meningkat sebanyak 14 kes berbanding kelmarin.
Daripada jumlah keseluruhan kes itu, dua dilaporkan di Beaufort, Kota Kinabalu dan Tuaran manakala masing-masing satu kes di Keningau, Kota Belud, Kota Marudu, Kuala Penyu, Kudat, Penampang, Sandakan, Semporna dan Tawau.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, bilangan kematian tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam.
“Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Masidi berkata, secara keseluruhannya jumlah jangkitan Covid-19 di Sabah hari ini tidak banyak berubah dengan kedudukan semalam.
“Jumlah hari ini ialah 543 kes, tambahan dua kes daripada sebelumnya. Kota Kinabalu terus menjadi penyumbang utama kes-kes baharu di Sabah dengan 120 kes, 27 lebih banyak daripada kelmarin.
“Ranau dan Tuaran masing-masing mencatat 51 kes baharu. Hanya Penampang (40 kes) yang mencatat penurunan agak besar dengan,” katanya.