top of page

Covid: Kes baharu di Kota Kinabalu meningkat lebih dua kali ganda

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 9, 2022
  • 1 min read


8 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kes baharu Covid-19 di daerah Kota Kinabalu naik lebih dua kali ganda daripada 25 kes pada Jumaat kepada 60 kes hari ini (Sabtu).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 60 kes baharu yang dicatatkan di Kota Kinabalu, 28 adalah saringan kontak rapat, 26 kes saringan bergejala dan selebihnya lain-lain saringan.


“Dalam tempoh 15 hari bermula 25 Disember 2021 hingga 7 Januari, Kota Kinabalu mencatatkan bilangan kes terkumpul sebanyak 471 iaitu angka tertinggi berbanding daerah-daerah lain di negeri ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, secara keseluruhannya jumlah kes harian berkurangan sebanyak 43 kes pada Sabtu berbanding Jumaat.


“Jumlah kes positif baharu Covid-19 hari ini sebanyak 199 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 242,346 kes. Satu kes kematian dilaporkan di Ranau,” katanya.


Katanya lagi, 59 kes yang lain merupakan kes-kes daftar lewat dua hari atau lebih.


“Ranau hampir setiap hari tersenarai dalam kalangan empat daerah penyumbang tertinggi kes baharu Covid-19 di Sabah hanya merekodkan empat kes baharu hari ini berbanding 20 kes semalam. Jumlah kes baharu di Tuaran juga susut 16 kes.


“Seramai 195 atau 98 peratus daripada 199 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Pesakit-pesakit Kategori 1 tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan dan mereka dalam Kategori 2 hanya mengalami gejala-gejala ringan,” katanya.


Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page