Marryan Razan
Covid: Kes baharu di Tuaran naik mendadak

29 Ogos 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Tuaran mencatatkan 469 kes baharu positif Covid-19 hari ini meningkat sebanyak 288 kes berbanding 181 kes kelmarin (28 Ogos). Berdasarkan maklumat terkini CPRC Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran, setakat ini sejumlah 3,331 kes aktif di daerah itu. Daripada jumlah itu Mukim Pantai mencatatkan kes aktif tertinggi sebanyak 1,063 kes, diikuti Berungis (498 kes), Tamparuli (335 kes aktif), Tambalang (313 kes aktif), Serusop (210 kes aktif), Sawah (165 kes aktif), Topokon (148 kes aktif), Tenghilan (118 kes aktif), Indai (104 kes aktif) dan Tuaran Bandar sebanyak 101 kes aktif. Mukim Mengkabong pula mencatatkan 91 kes aktif, Gayaratau Rungus (74 kes aktif), Pekan (50 kes aktif), Nabalu (42 kes aktif), Mukim Ulu (sembilan kes aktif), Tengah (enam kes aktif) dan Mukim Lembah sebanyak empat kes aktif. Sementara itu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan di Tuaran pada hari ini, hampir 84 peratus adalah saringan kontak rapat. Beliau berkata, secara keseluruhannya Sabah mencatatkan sebanyak 2,578 kes baharu hari ini menurun sebanyak 256 kes. “Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes tertinggi sebanyak 586 kes, diikuti Tuaran (469 kes), Sandakan (249 kes), Tawau (206 kes), Penampang (128 kes), Papar (117 kes), Kota Belud (111 kes) dan Telupid (101 kes). “Keningau (84 kes), Lahad Datu (63 kes), Putatan (58 kes), Kota Marudu (52 kes) dan Tenom (50 kes). “Daerah-daerah lain mencatatkan kes baharu kurang daripada 50 kes pada hari ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak 1,605 kes daripada saringan kontak rapat. “Ini dapat disimpulkan bahawa masih terdapat keberangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan walaupun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan pihak kerajaan,” katanya.