Covid: Kes baharu di Sabah meningkat 369 kes hari ini

10 Ogos 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu COVID-19 di Sabah hari ini sebanyak 369 kes meningkat 84 kes berbanding semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 384,363.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, peningkatan jumlah kes secara mendadak selari dengan kadar positiviti yang semakin tinggi.
“Hari ini kadar positiviti ialah 13.32 peratus dengan jumlah sampel ujian 3,034. Kelmarin kadar positiviti ialah 11.35 peratus dengan sampel ujian berjumlah 3,189.
“Seperti yang diperjelaskan sebelum ini, lebih tinggi kadar positiviti, lebih cepat jangkitan merebak dan jumlah pesakit baharu akan turut sama bertambah.
“Sebanyak 363 daripada 369 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua kes dalam Kategori 3, tiga kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Masidi berkata, sembilan daerah mencatatkan kes dua angka yang didahului oleh
Kota Kinabalu dengan 91 kes, Sandakan 40 kes, Tawau 36 kes, Tuaran 35 kes, Putatan 34 kes, Papar 24 kes, Lahad Datu 17 kes, Penampang 15 kes dan Kuala Penyu 13 kes.
Beliau berkata, hanya tiga daerah yang tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu, iaitu Kunak, Nabawan dan Tenom.
תגובות