• Wartawan Nabalu News

COVID: KLUSTER BAHARU DIKESAN DI TAMAN RIA ENAM TAWAU


Gambar hiasan

17 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini dikenalii sebagai Kluster Taman Ria Enam di Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu mencatat empat kes baharu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sebanyak 17 kes.



"Kes indeks merupakan wanita berusia 46 tahun yang tidak bergejala, tetapi dikesan positif melalui saringan sebelum menjalani prosidur kemoterapi di salah sebuah pusat perubatan di Tawau.


"Hasil penelitian, kes indeks bersama ahli keluarganya telah mengadakan makan malam yang disertai 20 orang di salah sebuah restoran pada 05 Mac. Saringan kontak rapat masih giat dijalankan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.