top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID: PKPD KAMPUNG KEBAYAU, KOTA BELUD MULAI 10 JUN - 23 JUN



8 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Kebayau Kota Belud berkuat kuasa 10 Jun hingga 23 Jun ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sehingga 8 Jun (hari ini), sebanyak 11 kes positif telah direkodkan di kampung itu selepas 16 individu disaring oleh KKM dengan kadar positiviti 68.75 peratus.


“KKM juga mendapati kes masih menular dan kadar kebolehjangkitan yang ditinggi di lokaliti tersebut.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju PKPD di Kampung Kebayau, Kota Belud berkuat kuasa 10 Jun sehingga 23 Jun selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan ini.



bottom of page