• Marryan Razan

Covid: Sabah catat 11,512 kes terkumpul dalam 14 hari



4 Ogos 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sejumlah 11,512 kes positif Covid-19 terkumpul di seluruh Sabah dalam tempoh 14 hari (21 Julai hingga 3 Ogos).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, dalam tempoh itu, daerah Kota Kinabalu, Tawau, Penampang, Tuaran, Sandakan, Beaufort, Keningau, Papar dan Sipitang mencatatkan jumlah melebihi 500 kes.


“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 2,483 kes, diikuti Tawau (1,097), Penampang sebanyak 920 kes, Tuaran (859 kes), Sandakan (758 kes).


“Manakala Beaufort pula merekodkan 725 kes dalam tempoh itu, Keningau (544 kes), Papar (525 kes) dan Sipitang (510 kes),” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Masidi berkata, daerah-daerah lain mencatatkan jumlah kes antara 23 hingga 354 kes.