top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID: SABAH CATAT 142 KES BAHARU, KEBANYAKAN DARIPADA KLUSTER BAHARU



14 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 142 kes positif baharu Covid-19, hari ini meningkat sebanyak 25 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,165 kes dan satu kes kematian direkodkan di daerah Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kebanyakan kes baharu hari ini adalah berpunca daripada kluster baharu sebanyak 69 kes diikuti saringan kontak rapat sebanyak 48 kes, 13 kes saringan bergejala, dan 12 kes dari lain-lain kategori.


"Tawau masih mencatatkan kes baharu tertinggi sebanyak 70 kes, diikuti Kota Kinabalu sebanyak 29 kes, Lahad Datu sebanyak 19 kes.


"Sandakan sebanyak lapan kes, Papar (lima kes), Kinabatangan (empat kes), Kunak (dua kes), Tuaran, Nabawan, Keningau, Penampang dan Semporna masing-masing satu kes.


"Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah Putatan, Kota Belud, Beaufort, Kalabakan, Ranau, Sipitang, Pitas, Tambunan, Kudat, Tenom, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Kuala Penyu dan Tongod," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 76 menjadikan jumlah kumulatif 54,780 orang.


Katanya, seramai 840 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 339 orang di hospital dan 501 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


"Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 49 orang dan 16 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan ," katanya.


bottom of page