• Wartawan Nabalu News

COVID: SABAH CATAT 259 KES POSITIF BAHARU HARI INI



5 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 259 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 63,565 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, dua kes kematian direkodkan hari ini masing-masing di Tawau dan Kota Kinabalu.


Beliau berkata, daripada jumlah kes jangkitan baharu hari ini, 154 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 47 kes adalah daripada saringan kluster, 37 kes adalah daripada saringan bergejala, empat kes daripada saringan bersasar dan 17 kes adalah daripada lain-lain kes.


“Berdasarkan pecahan kes pada hari ini, 11 daerah mencatatkan penurunan kes. Tujuh daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka manakala empat daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat duaangka iaitu Kudat (-37), Kunak (-20), Lahad Datu (-16) dan Kinabatangan (-11).


“Walau bagaimanapun, terdapat 11 daerah yang mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan lapan daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala tiga lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Sandakan 32 kes (+21), Kota Marudu 13 kes (+13) dan Penampang 17 kes (+11)," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Dua daerah lain yang mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Kuala Penyu dua kes dan Tambunan satu kes kekal sebagaimana jumlah kes kelmarin.


Masidi berkata, enam daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Kinabatangan, Tongod, Pitas, Sipitang, Tenom.


“Trend penurunan atau peningkatan adalah tidak statik untuk Negeri Sabah. Perlu diambil perhatian bahawa hanya dua daerah yang masih kekal dalam kategori Zon Hijau di Negeri Sabah.


"Pengurangan Zon hijau yang begitu ketara menandakan kebarangkalian berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP adalah sangat tinggi.


Beliau menggesa orang ramai untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.


Mengenai jumlah pesakit sembuh, beliau berkata, hari ini sebanyak 195 jumlah pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 60,807 orang.


“Mankala 1,704 orang pesakit lagi sedang menerima rawatan iaitu 491 orang di hospital, dan 1,213 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam," katanya.