- Wartawan Nabalu News
COVID: SABAH CATAT 51 KES BAHARU, 16 DAERAH SIFAR KES HARI INI

26 Mac 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 51 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,521 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, Tawau mencatatkan kes tertinggi sebanyak 13 kes, diikuti Keningau sebanyak 11 kes, Lahad Datu (sembilan kes), Penampang (enam kes).
"Kunak (empat kes), Kota Kinabalu dan Tuaran masing-masing dua kes, Kota Belud, Kalabakan, Putatan dan Nabawan masing-masing satu kes.
"Sebanyak 16 daerah tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Kinabatangan, Tenom, Sipitang, Sandakan, Papar, Kota Marudu, Beluran, Tambunan, Telupid, Kudat, Beaufort, Ranau, Pitas, Kuala Penyu, Semporna dan Tongod," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital ialah 66 menjadikan jumlah
kumulatif 53,685 orang.
"Seramai 391 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 164 orang di hospital dan 227 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.
"Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 24 orang dan tujuh orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.