Covid: Tuaran catat kes tertinggi hari ini
- Wartawan Nabalu News
- Jan 7, 2022
- 1 min read

7 Jan 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Tuaran mencatatkan kes tertinggi di Sabah hari ini dengan 35 kes, kebanyakannya daripada saringan kontak rapat.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, secara keseluruhannya jumlah kes harian di Sabah tidak banyak berubah hari ini dengan 242 kes baharu, menurun tiga kes berbanding semalam.
“Sembilan daerah mencatatkan kes pada dua angka dengan empat daripadanya melepasi paras 20 kes iaitu Tuaran (35 kes), Kota Kinabalu (25 kes), Papar (23 kes) dan Ranau sebanyak 20 kes.
“Sejumlah 16 daerah mencatatkan kes satu angka dan dua daerah tidak mencatatkan kes baharu.
“Ranau merekod peningkatan kes yang paling tinggi iaitu +10 kes dan Kota Kinabalu pula mencatat penurunan yang paling besar dengan -18 kes berbanding jumlah semalam,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Masidi berkata, sejumlah 238 daripada 242 kes pada hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.
Katanya lagi, seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak 130 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP.
Comments