top of page

Cubaan Bawa Masuk Rokok Seludup Gagal

  • nabalunews
  • 6 days ago
  • 1 min read


6 Mei 2025


TAWAU: Cubaan membawa masuk rokok seludup gagal selepas berjaya dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi di di kawasan Pelabuhan, di sini, semalam.


Dalam operasi berkenaan, pasukan PPM Tawau berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun yang dipercayai menjadi dalang aktiviti berkenaan untuk siasatan lanjut.


Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, pihaknya menahan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di kawasan laut berkenaan.



"Hasil pemeriksaan terhadap bot itu, menemui 48 bungkusan rokok yang dipercayai diseludup dari negara jiran.


"Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah RM95,780," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, semua rampasan dan tangkapan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk siasatan mengikut Akta Kastam 1967.


"PPM Wilayah Empat Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara," katanya.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page