- Farah Salim
Cuti Hari Pekerja dibawa kepada Rabu ini
2 Mei 2022
Oleh Farah Salim
KUALA LUMPUR: Cuti Hari Pekerja pada 1 Mei secara automatik dianjakkan ke Rabu ini (4 Mei).
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan media semalam berkata, ini selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2022 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa 1 Syawal 1442H, Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 jatuh pada Isnin, 2 Mei, maka cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada Hari Rabu, 4 Mei ini.
Beliau berkata, ini juga selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), Holidays Ordinance (Sabah Cap.56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap.8).
“Gantian Cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad yang mana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri tersebut.
“Bagaimanapun, ia adalah tertakluk pada keputusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti,” katanya.
Comments