top of page

Dadah, Bakakuk: Lima lelaki ditahan dalam Op Tapis

  • nabalunews
  • Jul 24, 2025
  • 1 min read

24 Julai 2025


KENINGAU: Lima lelaki ditahan dalam Operasi ‘Op Tapis’ yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.


Operasi yang dijalankan di Kampung Toboh Baru, di sini, semalam, turut berjaya menahan seorang lelaki yang didapati memiliki senjata api buatan sendiri ‘bakakuk’ bersama peluru.


Ketua Polis Daerah Keningau, Supritendan Yampil Anak Garai berkata, semua suspek ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, seorang lagi suspek yang memiliki senjata api dan peluru ditahan turut disiasat mengikut Akta Senjata Api 1960.


“Suspek didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 1.50 gram, tujuh butir peluru hidup serta satu laras senapang buatan sendiri jenis ‘bakakuk’.


“Manakala seorang lagi suspek ditahan mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 kerana memiliki syabu seberat 0.19 gram,”katanya dalam satu kenyataan di sini.


Sementara itu Yampil berkata, tiga lagi lelaki didapati positif dadah, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap merekaz


Katanya, semua suspek disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 untuk tindakan selanjutnya.


“Pihak polis akan terus menjalankan operasi secara agresif bagi membanteras jenayah, khususnya penyalahgunaan dadah di daerah ini.


“PDRM Keningau komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat terus terpelihara,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page