top of page
  • Wartawan Nabalu News

DAERAH KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PENAMPANG TIDAK LAGI DIKATEGORIKAN SATU DAERAH


Gambar Hiasan

6 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) memutuskan bahawa daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang tidak lagi dikategorikan sebagai satu daerah.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambilkira bilangan kes positif Covid-19 ketiga-tiga daerah tersebut yang telah mencapai 70 kes pada hari ini.


“Mulai esok (07 Jun) PDRM akan melaksanakan pemeriksaan ketat kawalan larangan rentas daerah yang melibatkan tiga daerah ini.


“Sebagai usaha mengurangkan perjalanan yang tidak perlu maka orang awam tidak dibenarkan rentas daerah kecuali untuk perkhidmatan perlu (essential services) dan barangan perlu (essential goods),” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.