top of page

DBKK ingatkan pengunjung, trek joging bukan laluan motosikal

  • nabalunews
  • Aug 19
  • 1 min read

ree

19 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegur keras tindakan sekumpulan individu yang menunggang motosikal di atas trek joging di Taman Awam Teluk Likas setelah video kejadian itu tular di media sosial hari ini.


“Tindakan tidak bertanggungjawab ini bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan di taman-taman awam bawah seliaan DBKK, iaitu orang awam dilarang untuk menunggang motosikal atau kenderaan di trek joging atau trek berbasikal yang disediakan,” jelas DBKK dalam kenyataan pada Isnin.


Menurut DBKK, taman awam sentiasa menjadi tumpuan warga bandar raya untuk beriadah dan adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menggunakan kemudahan tersebut secara berhemah.


“Papan tanda peraturan-peraturan taman ada diletakkan di sepanjang Taman Awam Teluk Likas, yang berfungsi sebagai panduan kepada pengunjung di taman berkenaan,” katanya.


DBKK turut mengingatkan orang ramai agar lebih peka dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan demi keselamatan dan keselesaan semua pihak.


“Sikap sambil lewa dan ketidakpatuhan bukan sahaja akan menyebabkan kerosakan pada kemudahan awam, tetapi juga meningkatkan risiko bahaya terhadap pengunjung lain,” tambah kenyataan itu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page