top of page
  • Wartawan Nabalu News

DBKK LAKSANAKAN SEMULA OPERASI SISTEM LETAK KERETA BERKUPON



20 Nov 2020


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan semula operasi sistem letak kereta berkupon di kawasan bandaraya bermula 23 Nov ini.


Mayor bandaraya Datuk Haji Nordin Siman berkata, pelaksanaan itu selaras dengan pembukaan beberapa sektor ekonomi di kawasan bandaraya.


“Pelaksanaan semula operasi ini adalah atas dasar keperluan dalam memastikan keteraturan orang awam dalam meletak kenderaan di samping membantu mengawal kesesakan kenderaan dan lalulintas di pusat bandaraya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Nordin berkata, berikutan keputusan pelaksanaan operasi sistem letak kereta berkupon itu, beberapa pengecualian pembaharuan atau pembayaran bagi bulan November 2020 diberikan sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Beliau berkata, pemegang kad bulanan KK Plaza dan Menara Jubili boleh terus menggunakan Pass Kad bagi bulan Oktober sepanjang November 2020.


“Bagi para pengguna yang telah membeli Kupon Letak Kereta Bulanan (MPC) bagi bulan Oktober 2020, mereka diberi kebenaran untuk mempamerkan MPC berkenaan sepanjang November 2020 dan tidak akan dikenakan kompaun sehingga 30 Nov ini.


“Pengguna yang telah membuat pembayaran sewa ‘reserve parking’ bagi bulan oktober juga tidak perlu membuat pembayaran sewa bagi bulan November.


“Begitu juga dengan para pengguna yang masih mempunyai kupon letak kereta dengan tarih luput tahun 2020 juga masih boleh menggunakan kupon tersebut sehingga 31 Me 2021,” katanya.


Nordin berkata, pengguna boleh membeli kupon letak kereta dan membuat semakan serta membayar kompaun di semua kaunter dan kiosk bahagian pengurusan letak kereta DBKK Holdings Sdn.Bhd yang beroperasi di seluruh kawasan bandaraya.


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi DBKK Holdings Sdn.Bhd di talian 088-270181/ 270182.



bottom of page