Demi memenuhi keperluan rakyat Kadamaian dan Penampang

17 November 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian dan Ahli Parlimen Penampang.
Hari ini beliau meluangkan masa sehari suntuk di Kadamaian menyantuni penduduk kampung yang mengunjungi Pusat Khidmat Adun Kadamaian.
Ewon menerima kunjungan daripada Persatuan Penduduk Wanita Nahaba dan Tegudon bagi membincangkan cadangan menambahbaik infrastruktur dan kemudahan keusahawanan di Tamu Minggu Layu, Kg Nahaba.
Kemudiannya bersama Persatuan Rekreasi Taman Morimpunan Kg Ratau Kota Belud, untuk membincangkan cadangan penambahbaikan kemudahan infrastruktur di pusat pelancongan komuniti kampung itu serta cadangan penubuhan koperasi pelancongan komuniti.

Selepas itu menerima kunjungan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Tambulion Ulu, Heldawati Sikol bagi membincangkan program gotong-royong, keperluan pembangunan kecil dan program keusahawanan di kampung tersebut.
Bagi melancarkan pelaksanaan projek-projek pembangunan, kebajikan, pendidikan dan gerakan koperasi di Kadamaian, Ewon mengadakan perbincangan dengan kakitangan dan urusetia Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian dan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian.
Pada sebelah petang pula Ahli Parlimen Penampang itu menerima kunjungan daripada Persatuan Peniaga Wanita Sabah (SWEA) dan Koperasi Sahan Kinabalu Berhad di Pejabat YBR Penampang.

Ewon mengakhiri program turun padang hari ini dengan mengunjungi keluarga mangsa kebakaran di Kg. Kituau Limbanak.
Dalam kunjungan itu beliau menghulurkan sumbangan derma serta memberikan sokongan moral kepada keluarga berkenaan.
Comments