• Wartawan Nabalu News

'DINE-IN' DIBENARKAN DI KEDAI MAKAN BERMULA ESOK (10 FEB)


9 Feb 2021


Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju penjualan makanan dibenarkan secara dine-in atau makan di premis bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam, berkuatkuasa esok (10 Feb).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, selain makan di premis, penjualan makanan bawah pulang, pandu lalu atau penghantaran juga dibenarkan.


“Dine-in dihadkan kepada dua orang satu meja dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.


“Pemilik restoran juga perlu memberi tugasan kepada sekurang-kurangnya seorang pekerja bagi premis yang membenarkan dine-in untuk memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Masidi berkata, pemilik restoran perlu memastikan kehadiran pekerja dan pelanggan direkodkan, penjarakan fizikal 1 meter semasa berada di premis dan menghadkan pelanggan berada di premis pada satu-satu masa.


ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com