Dua kereta terbakar di Bandaran Kota Kinabalu

13 Mac 2025
KOTA KINABALU: Dua buah kereta terbakar dalam kejadian di Bandaran Kota Kinabalu, malam tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.
Jelas JBPM, panggilan kecemasan diterima pada jam 8:01 malam melalui MERS999 sebelum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu mengerahkan lapan anggota ke lokasi kejadian.
“Pasukan tiba dalam tempoh lima minit pada jam 8:06 malam.
“Kebakaran melibatkan dua buah kereta, iaitu Proton Saga yang terbakar 100 peratus dan Proton Saga FLX yang terbakar dua peratus,” kata Komander Operasi, PBK II Christy Foo.
Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan Modular Watermist HNE, Modular Watermist dari unit Rim, serta satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dari jentera.
Selepas kebakaran dikawal pada jam 8:38 malam, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8:45 malam.
Comments