top of page
  • Wartawan Nabalu News

DUA KLUSTER BAHARU HARI INI DIKENALI KLUSTER JALAN KASTAM BARU LAHAD DATU, KLUSTER INANAM TAIPAN


Datuk Masidi Manjun

27 Mac 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Jalan Kastam Baru di Lahad Datu dan Kluster Inanam Taipan di Inanam.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Jalan Kastam Baru di Lahad Datu menokok lima kes baharu positif COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak enam kes.

“Kluster ini mula dikesan pada 25 Mac 2021, apabila kes indek yang merupakan pegawai penguatkuasa disahkan positif melalui saringan bergejala di klinik kerajaan.

“Susulan kes tersebut, saringan kontak rapat dan saringan tempat kerja dijalankan ke atas 51 orang dengan enam kes didapati positif, manakala 39 lagi masih menunggu keputusan.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Masidi berkata, Kluster Inanam Taipan mengesan satu lagi kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak sembilan kes positif COVID-19.

“Kes indeks merupakan kakitangan khidmat pelanggan di kedai menjual barangan kemas dan disahkan positif melalui saringan bergejala pada 16 Mac 2021.


“Berdasarkan penelitian kes, jangkitan tersebut berpunca daripada komuniti,” katanya.

bottom of page