• Jacquline Ebit

Dua lokaliti di Ranau dikenakan PKPD bermula 2 September ini



31 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di dua lokaliti di daerah Ranau bermula 2 September hingga 15 September ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti tersebut ialah Kampung Narawang dan  Kampung Mininsalu Baru (Pasir Putih).


"PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


"Secara keseluruhan, jumlah PKPD aktif setakat ini telah meningkat kepada 110 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Tawau (27 lokaliti), Kota Kinabalu (13 lokaliti), dan Penampang (11 lokaliti)," katanya.


Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan PKPD di Taman Ria Height di Tawau.

"PKPD di lokaiti itu sepatutnya dijadualkan tamat pada 2 September, namun dilanjutkan sehingga 15 September ini.


“Berdasarkan analisa oleh KKM mengenai risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD di lokaliti berkenaan dilanjutkan,” katanya