Dua pelajar UMS terima komputer riba sumbangan Tun Juhar
- nabalunews
- Oct 14, 2024
- 1 min read

14 Oktober 2024
KOTA KINABALU: Dua pelajar yang berdepan kesulitan untuk mendaftar bagi melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS), akibat faktor ekonomi, hari ini menerima sumbangan komputer riba daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Sumbangan kepada Crisnanalina Jumis dari Paitan dan Nor Fasha Natashya Abdul Rahim dari Tawau itu disampaikanSetiausaha Perhubungan TYT Sabah,Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir yang mewakili Tun Juhar. Tun Juhar juga adalah Canselor UMS.
Crisnanalina melanjutkan pengajian di Fakulti Perhutanan Tropika, manakala Nor Fasha Natashya di Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UMS.
Kedua-dua mereka sebelum ini dilaporkan menghadapi masalah kewangan untuk mendaftar sebelum mendapat perhatian UMS dan Tun Juhar sendiri bagi memastikan mereka dapat meneruskan pengajian.
Penyerahan sumbangan kepada pelajar terbabit diadakan di Bangunan Canselori UMS, di sini, hari ini. Turut hadir, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor.
Comentários