top of page

DUA RUMAH RANAP DALAM KEBAKARAN DI PUTATAN

Wartawan Nabalu News

5 JAN 2021


Oleh Wartawan Nabalu News


PUTATAN: Dua rumah jenis tidak kekal dan kekal ranap dalam kebakaran di Kampung Muhibbah Lama, Putatan pada pagi Selasa.


Dalam kejadian itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.47 pagi melalui talian Malaysian Emergency Response Service 999 (MERS).


Menurut kenyataan JBPM Sabah, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat, Penampang digerakkan ke lokasi kejadian melalui jarak 12KM daripada balai.

“Operasi diketuai oleh PBK II Mohd Khairul Kohir dengan kekuatan sembilan anggota pelbagai pangkat dengan sebuah jentera kecemasan Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS).


“Pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dengan kekuatan anggota seramai tujuh anggota dan sebuah jentera kecemasan FRT turut digerakan ke lokasi kejadian sebagai pasukan bantuan,” menurut kenyataan itu, hari ini.


Operasi terkawal pada jam 6:39 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.50 pagi.

Menurut kenyataan itu, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa diaporkan sementara punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

تعليقات


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page