• nabalunews

DUA STRAIN DIKESAN DI SARAWAK: TIADA BUKTI MUDAH BERJANGKIT, MUNGKIN DARI INDONESIA


12 Feb 2021

KUALA LUMPUR: Tiada bukti varian B.1.160 dan B.1.470 dari Sarawak ada tahap jangkitan atau virulens yang lebih tinggi.

Dari kajian 'genomic sequencing' di Semenanjung, strain yg serupa masih belum ditemui.

"Dua strain ini berkemungkinan dari Indonesia yang mendaftarkan 67.7% strain yg serupa sejak April 2020," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Negara lain yg melaporkan strain B.1470 ialah Singapura (10.2%; 11/108), Jepun (12.0%; 13/108) dan minoriti di Taiwan serta Hong Kong.

Varian ini ada mutasi D614G yang kini ditemui pada hampir majoriti varian SARS-CoV-2, katanya.

B.1.160 pula bermula di Perancis (11.2%) dan kini didominasi Denmark (28.0%), Switzerland (15.4%) dan UK ( 17.2%).

Varian ini pula mempunyai mutasi spike D614G dan S477N, kata Dr Noor Hisham.

Tetapi varian yg dominan di UK kini adalah varian #B117 di mana 89.9 % varian ini di dunia adalah di UK.