DUN Sabah lulus Pindaan Perlembagaan, larang Wakil Rakyat pindah parti
top of page
  • Wartawan Nabalu News

DUN Sabah lulus Pindaan Perlembagaan, larang Wakil Rakyat pindah parti

25 Mei 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sejarah baharu dilakar hari ini apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan Negeri Sabah bagi melarang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bertukar parti.


RUU itu yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor pada persidangan dewan undangan negeri, lulus dengan sokongan kesemua 75 Adun yang hadir daripada 79 orang.


Empat Adun yang tidak hadir ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Bung Moktar Radin, Presiden KDM Datuk Peter Anthony dan timbalannya Datuk Wetrom Bahanda dan Adun Dilantik Datuk Suhaimi Nasir.


RUU Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan 2023) itu diluluskan selepas mendapat sokongan lebih dua pertiga ADUN yang hadir.

bottom of page