top of page
  • nabalunews

EBIT LIEW HANTAR BANTUAN KE SABAH


31 OKTOBER 2020

KOTA KINABALU: Pendakwah terkenal, Ebit Lew menghantar bantuan peralatan perubatan untuk keperluan para petugas barisan hadapan di negeri ini.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, sumbangan itu berbentuk barangan kelengkapan perlindungan diri (PPE), perisai dan pelitup muka serta pelindung kasut untuk kegunaan barisan hadapan.

Sumbangan itu akan diagih-agihkan kepada para petugas barisan hadapan di tiga buah hospital iaitu Hospital Lahad Datu, Semporna dan Hospital Tawau.


Ketua Sukarelawan Rombongan, Mohd Ikhsan Helzy, 36, berkata rombongan itu akan menghantar sebanyak 4,000 peralatan keperluan itu ke pantai timur Sabah termasuk set kelengkapan perlindungan diri (PPE), pelindung muka dan pelindung kasut.

"Kami tiba di Lahad Datu pada jam 2.30 pagi tadi, dan selesai mengagihkan bantuan di Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu, kini kami meneruskan edaran bantuan ke Semporna dan Tawau," katanya dan manambah bantuan itu juga akan diagihkan di Kudat

Comments


bottom of page