top of page

Ellron Nafi Terlibat Rasuah Melibatkan Nilai RM530,000

  • nabalunews
  • 6 days ago
  • 1 min read

3 Julai 2025


KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin menafikan laporan dirinya terlibat menerima suapan ataupun terlibat dalam transaksi bernilai RM530,000.


Menurutnya, tuduhan itu adalah fitnah yang tidak berasas dan bermotifkan politik tidak matang yang cuba mencemarkan nama baiknya.


Katanya, tuduhan itu juga cuba mengganggu gugat integriti dirinya sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook.


“Saya merujuk kepada laporan MalaysiaKini bertarikh 28 Jun 2025 bertajuk “Lagi Kejutan Sabah: Skandal Pelombongan Selubungi STAR, Pemimpin Tertinggi PBS”.


“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa saya menerima suapan atau terlibat dalam transaksi bernilai RM530,000.


“Tuduhan ini adalah fitnah yang tidak berasas dan bermotifkan politik tidak matang, serta mencemarkan nama baik dan integriti saya sebagai wakil rakyat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.


Menurutnya, beliau sentiasa berpegang kepada prinsip integriti, akauntabiliti dan tadbir urus bersih.


Katanya, ia sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam usaha membanteras aktiviti rasuah.


“Saya telah mengarahkan pasukan undang-undang untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan tuduhan palsu ini.


“Saya tidak akan berdiam diri. Kebenaran mesti ditegakkan,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page