top of page

Empat kluster baharu libatkan pelajar sekolah di Kota Marudu, Ranau, MRSM Sandakan

Wartawan Nabalu News


4 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Empat lagi kluster baharu melibatkan institusi pendidikan direkodkan hari ini di SMK Tandek 1 Kota Marudu, SMK Mat Salleh Ranau, SMK Bandau dan MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kesemua kes dilaporkan dalam kategori 1 dan 2 iaitu bergejala ringan dan telah diasingkan untuk rawatan selanjutnya.


Beliau berkata, Kluster Jalan Tandek melibatkan SMK Tandek 1. Kes indeks merupakan lelaki tempatan, 15, pelajar asrama di sekolah terbabit.


“Kes indeks yang mula bergejala sejak 15 Januari lalu, kemudiannya didapati positif RTK Antigen melalui saringan pada 17 Januari.


“Saringan terhadap 43 rakan seasrama dan sekelas mendapati sebanyak 34 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster jenis institusi pendidikan ini sebanyak 35 kes,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Masidi berkata, Kluster Jalan Pendidikan Ranau - Ranau pula melibatkan pelajar SMK Mat Salleh dan kes indeks adalah lelaki tempatan, 19, pelajar Tingkatan 6 di sekolah tersebut dikesan positif Covid-19 pada 31 Januari melalui ujian saringan kendiri, selepas mula bergejala sejak 29 Januari dan terus dikuarantin pada hari yang sama.


“Saringan terhadap 87 orang terdiri daripada rakan sebilik, seasrama serta rakan sekelas mendapati 24 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 25 kes,” katanya.


Bagi Kluster Jalan Taman Beringin - Kota Marudu pula kes indeks adalah pelajar perempuan, 17, yang menjalankan saringan Covid-19 pada 19 Januari lalu, sebelum menjalankan pemeriksaan di HQE2.


Katanya, saringan Covid-19 pelajar tersebut didapati positif RT-PCR. Manakala, saringan ke atas 49 kontak rapat mendapati 24 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 25 kes termasuk 19 kes baharu hari ini terdiri daripada pelajar asrama, harian dan kakitangan sekolah.


Masidi berkata, Kluster Sungai Batang Batu Sepuluh - Sandakan melibatkan MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan.


“Kes indeks dikesan melalui saringan bergejala pada 25 Januari 2022. Kes indeks adalah pelajar perempuan, 16, di sekolah berkenaan yang mula bergejala demam sejak 25 Januari lalu.


"Saringan terhadap 101 kontak rapat mendapati 49 lagi kes positif terdiri daripada pelajar asrama, harian, guru dan kontak keluarga menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 50 kes, termasuk 36 kes baharu hari ini," katanya.


Commenti


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page