top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Empat lokaliti dikenakan PKPD bermula 7 September ini



5 September 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di empat lokaliti melibatkan daerah Beluran, Keningau, Papar dan Ranau bermula 7 September hingga 20 September ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti tersebut ialah Kampung Tetabuan di Beluran, Kampung Matagang di Keningau, . Taman Pantai Lok Kawi di Papar dan Kampung Kilanas di Ranau.


Beliau berkata, PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19


"Secara keseluruhannya, jumlah PKPD aktif setakat ini telah menurun kepada 77 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Tawau (17 lokaliti), Ranau (lapan lokaliti), dan Penampang (lapan lokaliti)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurut Masidi, PKPD di Kampung Buanog Matunggong, Kudat yang akan tamat pada 6 September akan dilanjutkan sehingga 20 September ini.


"Berdasarkan analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, PKPD di lokaliti berkenaan telah dilanjutkan," katanya.

bottom of page