• nabalunews

EMPAT SEKOLAH DI SANDAKAN DITUTUP, 10 PELAJAR, EMPAT GURU POSITIF COVID-19




29 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Empat sekolah menengah di Sandakan iaitu SMK Perempuan, SMK Batu Sapi, SMK Elopura Bestari dan SM St Mary diarah tutup bagi mengelak penyebaran jangkitan Covid-19.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sekolah-sekolah itu ditutup kerana terdapat beberapa pelajar dan guru didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan.


"Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan telah mengarahkan tindakan penutupan sekolah selama 10 hari untuk menjalankan kerja-kerja sanitasi dan membendung penularan Covid-19 di sekolah," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, dalam tempoh 20 hingga 26 Januari lalu, Seramai 10 pelajar dan empat guru disahkan dijangkiti Covid-19, iaitu seorang guru di SM St Mary Sandakan, tujuh pelajar asrama dan seorang pelajar luar.


"Dua orang guru di SMK Elopura dijangkiti Covid-19, seorang guru dan seorang pelajar di SMK Batu Sapi, dan seorang pelajar di SMK Perempuan Sandakan," katanya.


Beliau berkata, bagi murid yang tidak dijangkiti, sesi PdPR berjalan seperti biasa iaitu melalui pembelajaran dalam talian dan menggunakan modul pembelajaran bercetak yang telah disediakan oleh guru masing-masing.


Ketika ditanya sama ada, terdapat sekolah lain yang diarah tutup, Masidi berkata, setakat hari ini (29 Jan), belum ada sekolah lain di Sabah diarahkan tutup untuk membendung penularan Covid-19 di kalangan pelajar.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com