top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Enam lokaliti dilaksanakan PKPD bermula 26 Ogos ini



24 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Enam lokaiti melibatkan daerah Tawau, Kota Belud, Penampang dan Beaufort akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 26 Ogos hingga 8 September ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, dua lokaliti di Tawau ialah Kampung Sentosa Blok 4  dan Batu 2 Lorong Saddani, manakala dua lokaliti di Kota Belud pula melibatkan Kampung Sayap dan Kampung Rampayan Laut.


"Lokaliti lain ialah Kuarters Kilang Mee Tien Hock di Penampang dan Taman Sri Panglima di Beaufort " katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.


"Secara keseluruhan, jumlah PKPD aktif setakat ini ialah sebanyak 116 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Tawau (30 lokaliti), Kota Kinabalu (20 lokaliti), Tuaran (10 lokaliti), dan Kota Belud (15 lokaliti)," katanya.


Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan PKPD di enam lokaliti iaitu di Kampung Pulau Penampang, Kampung Gudon, Menggatal dan Kampung Lobou di Kota Kinabalu, Kampung Menunggui di Kota Belud, Kampung Tengah, Kinarut di Papar serta Kampung Timbua-KembiroiLobou Baru di Ranau.


“PKPD di dua lokaiti itu yang sepatutnya dijadualkan tamat pada 25 Ogos, namun dilanjutkan sehingga 8 September ini.


“Berdasarkan analisa oleh KKM mengenai risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD di lokaliti berkenaan dilanjutkan,” katanya

bottom of page