• Wartawan Nabalu News

ESSCOM HARGAI SUMBANGAN NGO BANTU MASYARAKAT ESSZONE



28 Nov 2020


SANDAKAN: Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Dr. Jamaluddin Mohd Ali menghargai keprihatinan badan-bukan bukan kerajaan (NGO) yang tampil memberikan sumbangan kepada penduduk sekitar daerah ini.


Beliau berkata, ini termasuk Ikhlas.Com dan Pertubuhan MyAmal Sabah yang telah menyumbangkan bakul makanan untuk penduduk daerah ini yang terjejas tanpa mengira latar belakang dan kewarganegaraan.



“ESSCOM dengan kerjasama pertubuhan Ikhlas.Com dan Pertubuhan MyAmal Sabah telah mengedarkan 300 bakul makanan kepada Sembilan perkampungan atas air dan pulau di daerah ini yang sangat memerlukan bantuan.


“Antara perkampungan yang terlibat ialah Pulau Berhala, Pulau Nunuyan Laut, Kg. Tronglit, Kg. Api-Api, Kg. Jampiras, Pulau Timbang dan Pulau Sangai,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.



Jamaluddin berharap sumbangan itu dapat membantu meringankan beban dan menampung perbelanjaan harian penduduk kampung yang terjejas ekoran pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).


"Saya berharap lebih banyak lagi NGO akan tampil memberikan sumbangan dan bantuan bagi membantu pihak kerajaan meringankan beban penduduk-penduduk yang terkesan dengan PKPB di kawasan pantai timur Sabah yang majoriti nelayan dan bergantung hidup kepada hasil laut,” katanya.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com