top of page
  • Wartawan Nabalu News

ESSCOM lancar Operasi Gasak Laut basmi bagang haram di Kudat



26 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut (Bagang) secara bersepadu pada 28 Julai ini bagi merobohkan bagang-bagang yang dibina secaraharam di perairan Kudat.


Operasi itu melibatkan Polis Diraja Malaysia, AngkatanTentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Taman-Taman Sabah dan Jabatan Perikanan Sabah.


Komander Esscom Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, berdasarkan hasil pemantauan pihak berkuasa mendapatipembinaan bagang-bagang haram semakin bertambah di perairan tersebut dan dibimbangi akan menimbulkan ancaman kepada keselamatan negaraserta kesejahteraan masyarakat khasnya di perairanZon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).


Beliau berkata, operasi akan dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 48 (1)(j), Enakmen Taman-Taman Sabah 1984 (Pindaan 2007), Seksyen 11(3)(c), Akta Perikanan 1985 dan undang-undang lain yang berkaitan.


“Selain itu, pihak Penguatkuasa Taman-Taman Sabah dan Jabatan Perikanan Sabah akan mengeluarkan Notis Pengosongan dan Perobohan ke atas bagang-bagang haram semasa operasi dilaksanakan.


“Mana-mana individu atau pihak lain yang mempunyaibagang haram di sepanjang perairanpantai timur Sabah dinasihatkan untuk segera mengosong dan merobohkan struktur berkenaan sebelum pihakberkuasa mengambil tindakan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Sehubungan itu, Hamzah meminta orang ramai yang mempunyai maklumatberkaitan struktur atau bagang haramdi perairan ESS Zone boleh melaporkan segera ke Pusat Operasi ESSCOMdi talian 089-863181 atau melaluiaplikasi Whatsapp di talian 011- 63311072.

bottom of page