top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon alu-alukan hasrat YSS laksana Program Kemasyarakatan di Kadamaian dan Penampang

5 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyokong usaha Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) melaksanakan program kemasyarakatan khususnya di kawasan Kadamaian dan Penampang.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian dan Ahli Parlimen Penampang berharap program yang bakal dilaksanakan itu mencapai objektif penganjuran.


“Yayasan ini merupakan organisasi di bawah Kementerian Perpaduan Negara bertujuan menggerakkan semangat kesukarelawanan di kalangan mahasiswa di pelbagai universiti dan melaksanakan pelbagai aktiviti di seluruh negara.


“Saya menyokong hasrat YSS mengadakan program di Penampang dan Kadamaian pada tahun ini dan juga mengalu-alukan kerjasama yayasan dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),” katanya.


Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan daripada rombongan YSS yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif Yayasan Sukarelawan Siswa Malaysia Dr.Wan Ahmad Hazwan Wan Daud, di SICC, di sini, hari ini.


Sementara itu Dr.Wan Ahmad Hazwan merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Ewon atas sokongan program-program YSS.


“Sebelum ini YSS banyak melaksanakan kerjasama dengan agensi-agensi KUSKOP seperti Bank Rakyat, SME Bank dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).


“Kunjungan ini memperkasakan lagi kerjasama sedia ada dan meninjau kerjasama dengan agensi-agensi lain di bawah KUSKOP. Terima kasih kepada YB Datuk Ewon kerana sudi menerima kunjungan hormat kami,” katanya.


Beliau berkata, perjumpaan itu antaranya membincangkan cadangan YSS untuk mengadakan Program Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah 2024, yang dijangka diadakan pada September ini.


“Berdasarkan perbincangan, YB Datuk Ewon setuju agar program Kesukarelaan berimpak tinggi melibatkan sukarelawan daripada mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, institut pendidikan guru Malaysia (IPGM), Politeknik dan Kolej Komuniti dari seluruh negara diadakan di Penampang dan Kadamaian,” katanya.


Dr.Wan Ahmad Hazwan berkata, program itu akan melibatkan semua agensi KUSKOP dan agensi-agensi kerajaan berkaitan.

Comments


bottom of page