top of page
  • Wartawan Nabalu News

EWON AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG PENYEBAR FITNAH


EWON (tengah) menunjukkan salinan laporan polis.

4 JAN

Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick akan mengambil tindakan undang-undang kepada penyebar fitnah tulisan Sabahkini2 yang ditularkan baru-baru ini. “Saya telah mendapatkan khidmat guaman untuk tindakan saman dan proses seterusnya terhadap penyebar-penyebar fitnah ini termasuk di facebook dan whatsapp,” katanya. Beliau menyatakan demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing pagi hari ini berkaitan tulisan Sabahkini yang menggambarkan beliau seolah-olah terlibat rasuah dalam perlantikan kontrak penyelenggaraan Jalan Kebidahan dan Associated Roads, Kota Belud. Ewon menyatakan tulisan tersebut berniat jahat serta menjejaskan kredibiliti beliau sebagai ADUN Kadamaian dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah. “Saya telah meminta pihak PDRM dan semua agensi untuk membuat siasatan sepenuhnya termasuk kepada penyebar-penyebar fitnah ini,” katanya.


Kommentare


bottom of page