EWON CADANG TIGA BANGUNAN SEKOLAH RENDAH KAWASAN KADAMAIAN DINAIKTARAF
- Wartawan Nabalu News
- Dec 21, 2020
- 1 min read

21 DIS 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian mencadangkan agar bangunan SK Tamu Darat, SK Taginambur dan SK Piasau dinaiktaraf kepada bangunan konkrit.
Beliau berkata, ini kerana sekolah-sekolah berkenaan adalah antara penyumbang kecemerlangan pendidikan di daerah Kota Belud.

“Sebagai penyumbang utama kepada prestasi kecemerlangan pendidikan di daerah Kota Belud, Kadamaian berhak menikmati pembangunan sekolah sedemikian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bahas ke atas Belanjawan Negeri 2021, pada persidangan dewan undangan negeri, di sini, hari ini.

Berkenaan pembangunan sekolah di Kadamaian, Ewon berkata, beliau telah diberikan jawapan bertulis bahawa lebih RM13.16 juta telah dibelanjakan bagi menaiktaraf dan menyelenggara 16 daripada 26 buah sekolah di kawasan DUN Kadamaian dalam tempoh dua tahun ini sejak tahun 2018.
“Bagaimanapun, rakyat Kadamaian ingin melihat bangunan-bangunan sekolah konkrit dengan kemudahan yang lebih baik dapat dibina dan dibangunkan menggantikan bangunan kayu yang semakin uzur.
Comments