• Wartawan Nabalu News

EWON CERIAKAN HIDUP WARGA EMAS KG.KOLOSUNAN, INANAM


Datuk Wong (tiga dari kiri) dan Fardy (tiga dari kanan) bersama Asun (dua kiri) dan penduduk kampung.

4 Mac 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


MANGGATAL: Seorang warga emas dari Kampung Kolosunan Inanam, dekat ini merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick atas keprihatinan meluluskan permohonan rumah PPRT, Ogos tahun lalu.


Semasa lawatan Ewon di Kampung Kolosunan Inanam pada Julai 2020, beliau turut melawat rumah salah seorang penduduk kampung itu Abun Maguring.



Setelah melihat sendiri keadaan rumah Abun yang amat usang, Ewon meminta supaya nama warga emas itu yang juga tersenarai dalam e-Kasih dimasukkan dalam senarai penerima rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kawasan Inanam.


Kini rumah itu sudah siap sepenuhnya dan Abun boleh berpindah masuk ke rumah barunya pada bila-bila masa.



Sementara itu Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Sepanggar Datuk Wong Thien Fook berkata, kebajikan dan keperluan rakyat sentiasa menjadi keutamaan UPKO Sepanggar.



“Selepas usaha berpanjangan bagi membantu mendapatkan rumah En Abun Maguring. Hari ini, usaha itu akhirnya menjadi kenyataan apabila rumah PPRT beliau siap sepenuhnya.



“UPKO Sepanggar ingin menyampaikan jutaan terima kasih kepada mantan Menteri KPLB Datuk Ewon atas pertimbangan dan kelulusan yang diberikan sebelum ini.


“Terima kasih juga kepada kerajaan negeri ketika ini yang meneruskan peruntukkan bagi pembinaan ini. UPKO Sepanggar akan terus berusaha dan berkhidmat membantu rakyat sebaiknya,” katanya.