top of page

Ewon hadiri rumah terbuka Hari Raya di Kampung Tambulion

  • Wartawan Nabalu News
  • May 15, 2022
  • 1 min read

Ewon (duduk tengah) dan Fendi (tiga dari kiri) bergambar bersama tetamu yang hadir pada majlis itu.

15 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick memenuhi jemputan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Mantan Pengerusi MPKK Kg.Tambulion Laut dan Pemilik Kilang Padi Sri Keranahan, Fendi Rajin, di Kg Tambulion, hari ini.


Ewon berkata, selepas dua tahun tiada sambutan Raya ekoran pandemik Covid-19, tahun ini budaya kunjung mengunjungi kembali meriah.


ree

Bagaimanapun beliau mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan Covid pada musim perayaan.


“Saya gembira kerana tahun ini sambutan Raya dan Kaamatan “hidup” kembali setelah dua tahun acara rumah terbuka tidak dibenarkan berikutan pandemik Covid yang melanda dunia.


ree

“Saya berharap semua masyarakat terus mengamalkan SOP yang ditetapkan kerana kita tidak mahu kes Covid kembali meningkat disebabkan sambutan Raya atau Kaamatan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page