top of page

EWON HARGAI KHIDMAT MANTAN KETUA ADAT, KETUA KAMPUNG DAN MPKK DUN KADAMAIAN

Wartawan Nabalu News

Ewon menyampaikan sijil penghargaan dan hamper kepada salah seorang mantan MPKK.

13 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Seramai 238 mantan ketua-ketua adat, ketua kampung, pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaiah bagi lantikan sesi 2018-2020 menerima sijil penghargaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Ewon menyampaikan sijil penghargaan dan hamper kepada mantan-mantan ketua adat, ketua kampung dan pengerusi MPKK di Dewan Terbuka Kadamaian Square Taginambur, di sini, kelmarin.


Ewon dan Munirah bergambar bersama mantan ketua adat, ketua kampung dan MPKK yang hadir pada majlis itu.

Turut hadir Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraisah Munirah Majilis, mantan ADUN Kadamaian Datuk Yapin Gimpoton, mantan Ketua Daerah Kadamaian, Jaintin Molondoi dan mantan PPM Kadamaian, Saikom Watis.


Ketika berucap pada majlis itu Ewon bertekad akan terus membawa pembangunan di kawasan Kadamaian walaupun kini dalam blok pembangkang.


Sebahagian daripada mantan MPKK yang hadir pada majlis itu.

“Saya akan terus memainkan peranan semak dan imbang berkenaan keperluan pembangunan dan isu-isu rakyat Kadamaian.


“Sepanjang tempoh 2018-2020, kita telah melihat keprihatinan Kerajaan berkenaan keperluan pembangunan di Kadamaian, dan itulah yang harus dituntut oleh rakyat Kadamaian terhadap Kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya.



Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page