Ewon hargai peranan dan sumbangan media
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon hargai peranan dan sumbangan media


Ewon dan Suriani serta wakil-wakil agensi bergambar bersama pengamal media.

29 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menghargai peranan dan sumbangan pihak media di Sabah melalui Majlis Malam Bersama Media, di Palace Hotel, di sini, hari ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak media atas kerjasama baik yang diberikan selama ini.


Ewon menyaksikan penyampaian hadiah utama cabutan bertuah kepada Wartawan Daily Express Ricardo, yang disampaikan oleh Mugu.

“Majlis ini bertujuan menghargai peranan dan sumbangan media melaporkan berita mengenai program-program kementerian.


"Saya juga berharap majlis seumpama ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama baik antara pihak media dan kementerian.


“Bukan hanya meraikan sambutan Tahun Baru Cina tetapi ini adalah pertemuan kali pertama dengan para pengamal media di Sabah selepas saya dilantik sebagai Menteri KUSKOP, Ahli Parlimen Penampang dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO),” katanya.



Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato’ Sri Suriani Dato' Ahmad, Presiden Persatuan Wartawan Sabah Datuk Muguntar Vanar, ketua-ketua editor dan ketua-ketua biro agensi media.


Hadir sama ketua-ketua agensi di bawah Kuskop mewakili Tekun Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), UDA Holdings, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Bank Rakyat, Pernas, SME Bank dan SME Corp.



Majlis itu dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian wakil-wakil media antaranya Farizi Morinding mewakili RTM, Hafiz Mustadi (Astro Awani), Rahim (Daily Express), Safwan Sawi (TV3), Durie Rayner Fong (The Star), Tumik (Nabalu News), Asfarizam Abdullah (Bernama TV), Vicky S.Matanjang (Jabatan Penerangan), Amirul (TVS) dan beberapa lagi wakil media.


Lebih 90 pengamal media mewakili 26 agensi media massa, elektronik dan portal di Sabah menghadiri majlis itu.


Pada majlis itu Ewon turut melancarkan media sosial (Facebook, Instagram dan Twitter) rasmi beliau iaitu Laman - Ewon Benedick.





bottom of page