top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Ewon kerjasama dengan gereja di Kadamaian untuk program bakul makanan


Ewon menyampaikan sumbangan kepada Gereja SIB Kg Terintidon

27 Julai 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meneruskan pelayanan di kawasannya dengan memberikan sumbangan berupa bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan bantuan mendesak di tiga buah kampung kawasan DUN Kadamaian dengan kerjasama pihak gereja SIB.


Kampung-kampung itu ialah Kg.Terintidon, Kg.Talungan dan Kampung Nahaba.

Gereja SIB Kg Talungan

Beliau berkata, penerima bantuan itu berdasarkan senarai nama ketua isi rumah yang diberikan oleh Pastor di kampung masing-masing kepada Pusat Khidmat Adun Kadamaian.


"Susulan perjumpaan saya dengan Pastor-Pastor tempoh hari, Pusat khidmat saya mulai menerima senarai keluarga dan jemaat gereja yang amat memerlukan bantuan bakul makanan. Justeru, hari ini kita menyampaikan sumbangan kepada mereka melalui Pastor masing-masing yang telah berurusan dengan pusat khidmat saya," katanya.


Sumbangan yang disampaikan kepada Gereja SIB Kg Nahaba

Bersempena dengan penyampaian sumbangan di Gereja SIB Kg Terintidon, Ewon turut mengambil tindakan segera ke atas beberapa permasalahan dan keperluan yang dimaklumkan oleh para pemimpin gereja dan kampung kepada beliau.


“Selain sumbangan bakul makanan, saya juga menyampaikan sumbangan RM1,000 untuk Tabung Pembinaan Dapur dan Rumah Pelawat SIB Kg.Terintidon yang sedang dibina melalui pungutan oleh jemaat d


i kampung ini. Saya juga bersetuju bekalkan 60 keping playwood yang diperlukan untuk memasang siling di bangunan ini.


“Pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) pula memaklumkan keperluan mereka untuk membaiki dan memasang polypipe air graviti. Maka saya bersetuju untuk membekalkan tiga gulung polypipe yang mereka perlukan. Pusat khidmat saya akan membekalkan keperluan itu dalam beberapa hari ini," katanya.


Maktab Teologi Sabah Kg Melangkap Tiong

Sumbangan bakul makanan untuk jemaat gereja Kg.Talungan dan Kg.Nahaba juga disampaikan melalui Pastor masing-masing.


Ewon turut menyampaikan sumbangan bahan mentah makanan dan keperluan dapur untuk asrama Maktab Teologi Sabah di Kg.Melangkap Tiong.


"Asrama ini mempunyai tiga orang Pastor, 16 pelajar dan dua staff. Justeru, saya berharap sumbangan tersebut dapat meringankan keperluan asrama tersebut yang turut menerima sumbangan daripada para penduduk kampung sekitar," katanya


bottom of page