top of page

Ewon lancarkan Jentera Pilihan Raya Negeri N50 Gum-Gum

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 13, 2025
  • 1 min read

13 Julai 2025


SANDAKAN: Presiden Pertubuhan Kinabalu Profresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick melancarkan Jentera Pilihan Raya Negeri N50 Gum-Gum bagi menyemarakkan lagi semangat berpasukan menghadapi PRN akan datang.


Beliau memuji semangat dan kesiapsiagaan yang ditunjukkan jentera UPKO Libaran khususnya di kawasan Gum-Gum.


“Ketua Bahagian UPKO Libaran, Dr Peter Naintin telah menerajui kepimpinan parti di sini dengan sangat baik dan tidak berhenti bekerja sejak beliau bertanding dalam pilihanraya umum pada tahun 2020 yang lepas.


“Saya sangat menghargai kesatuan, kerjasama dan kebersamaan pimpinan UPKO Libaran termasuk perkhidmatan di lapangan sehingga kini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Jentera PRN UPKO Gum-Gum, di Dewan Rainforest Sepilok, di sini, hari ini.


Ewon yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah berkata, pada pilihan raya Parlimen pada 2020, UPKO telah diberi ruang untuk bertanding di Libaran.


“Walaupun ketika ini perundingan kerusi masih berjalan tetapi UPKO Libaran telah bersedia dan menunjukkan kekuatan di kawasan ini untuk diberi ruang mengambil bahagian dalam PRN ke-17.


“Apa pun perundingan kerusi masih berterusan dan mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Saya percaya parti-parti lain juga telah mempersiapkan bahagian masing-masing untuk menghadapi PRN Ke-17,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page